Saturday 25 February 2017



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
“Dengan Nama Allah yang maha Pemurah dan Maha Penyayang”
 Alhamdulilah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Taala,selawat dan salam ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad Shallallahu “Alaihi Wasalam berserta para sahabat dan keluarga baginda sekalian. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmatnya kepada kita semua,muslimin dan muslimat. Amin
 Kita merafakkan kesyukuran di atas limpah kurnia dari Allah SWT, dengan rahmat,keizinan dan pertunjuk serta hidayatnya akhirnya dapat  kita bersama-sama melayari laman Blog Majlis Guru Besar Hulu Langat  ini.
Di zaman dunia tanpa sempadan, melalui  blog ini dapat direalisasikan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjana dan memperkasa arus pendidikan perdana yang sejajar dengan perkembangan dunia ICT. MGB Hulu Langat berharap hasrat dan matlamat ini dapat dicapai dengan jayanya untuk kepentingan semua sekolah khususnya warga pendidik di daerah Hulu Langat ini.
MGB merupakan sebuah organisasi profesional yang dapat menyatukan semua Guru Besar sekolah rendah khususnya di Hulu Langat. Disamping itu melalui pelbagai aktiviti, MGB telah dapat meningkatkan tahap profesionalisme ahli-ahli dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan. Oleh itu, peranan MGB perlu sentiasa digembeling supaya dapat diselaraskan dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kualiti pendidikan terus meningkat bersesuaian dengan  keadaan perubahan zaman dan cabaran globalisasi masakini yang menuntut perubahan
MGB Hulu Langat sentiasa mengharapkan dan menghargai sokongan serta kerjasama daripada semua pihak dari semasa ke semasa demi kecemerlangan dunia pendidikan, khususnya untuk terus mempertingkat kecemerlangan pendidikan di Hulu Langat.
Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pembinaan laman web ini dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mencurahkan tenaga dan bakti,  dan saya berdoa semoga semua Guru Besar yang merupakan pemimpin sekolah akan terus tabah berusaha meningkatkan prestasi sekolah ke arah kegemilangan  dan seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
En. Mohamad Jamil b Yahaya
Pengerusi Majlis Guru Besar Hulu Langat (MGBHL)

0 comments:

Post a Comment

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT
En. Mat Jah bin Roslan, S.I.S.

YANG DIPERTUA MGBHL

YANG DIPERTUA MGBHL
En. Mohamad Jamil b Yahaya

Diskusi@MGBHL

Berita Terkini

Recent Posts Widget

2017 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Berita Popular

Visi & Misi @ MGBHL

VISI
Ke Arah Kepimpinan Berprestasi Tinggi

MISI
Membangunkan Sekolah Cemerlang Melalui Akauntabiliti Terhadap Peningkatan Keberhasilan dan Kemenjadian Murid


GB as Leadership